Saturday, October 16, 2010

Bangsa Dan Suku Sakat Adalah Untuk Berkenal Kenalan Bukan Perjuangan

Al Hujarat :13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


Iman Adalah Satu Kurniaan Dari Allah Kepada Hamba-Hamba Yang Terpilih

Al Hujarat 7

Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya);

kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara,
tentulah kamu akan mengalami kesukaran;

akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya,
dan kamu wahai orang-orang yang beriman
hendaklah bersyukur kerana)

Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu,
dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci;

mereka yang bersifat demikian
ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -


Al Hujarat 8 .

(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Thursday, October 14, 2010

Kisah Kaum Aad : al fusilat 41

Bismillahirahmanirrahim


Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).
Al Fusilat 15

Kaum Aad berlaku sombong terhadap Rasul mereka . Mereka berkata " Siapakah yang lebih kuat dari kami ? " . Itulah kesombongan mereka terhadap seruan Rasul . Ajakan Rasul tentulah satu ajakan kepada manhaj Ilahi dan mengabdikan diri kepada Allah sahaja . Dengan pengajakan kepada sistem Ilahi mereka merasai bahawa segala kekuasaan dan pengaruh mereka akan hilang .

Sistem Ilahi ialah satu sistem yang didalamnya tiada seorang pun yang boleh menjadi penguasa dan tiada seorang pun boleh menjadi hamba sesama mereka kecuali hamba kepada Allah sahaja .

Kita tidak menafikan bahawa kehidupan mereka ketika itu tentulah terdiri dari pelbagai puak atau kabilah . Dengan puak-puak inilah mereka dapat meraih kepimpinan mereka . Dengan ahli-ahli itulah mereka boleh menjadi Raja dan orang-orang ternama datuk dan datin .

[16]
Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).

Wednesday, October 13, 2010

Dia lah Allah yang menghidup dan mematikan

[78] Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
[79] Dan Dia lah yang menciptakan serta mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
[80] Dan Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?
Al Mu'minum

Akhlaq Non Muslim

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?

Al-Mutaffiffeen : 1-4







Tuesday, October 12, 2010

Segala - galanya Berpunca Dari Tidak Percaya Adanya Hari Pembalasan

[6] Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
[7] Tuhan telah mencipta dan menyempurnakan kejadianmu, lalu menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang ,
[8] Dalam bentuk dan rupa sebagaimana yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
[9] Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu tidak percayakan adanya hari pembalasan.

alInfitthar : 6 - 9

Pemandangan Dihari Pembalasan

Bismillahirahmanirrahim

Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu ?
Sekali lagi , tahukah kamu apakah hari pembalasan itu ?
Hari sesaorang tidak berdaya sedikit pun untuk menolong orang lain .
Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah .

Al Infithaar : 17 - 19

Untuk Penjelasan selanjutnya sila klik " Comment "