Thursday, October 14, 2010

Kisah Kaum Aad : al fusilat 41

Bismillahirahmanirrahim


Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).
Al Fusilat 15

Kaum Aad berlaku sombong terhadap Rasul mereka . Mereka berkata " Siapakah yang lebih kuat dari kami ? " . Itulah kesombongan mereka terhadap seruan Rasul . Ajakan Rasul tentulah satu ajakan kepada manhaj Ilahi dan mengabdikan diri kepada Allah sahaja . Dengan pengajakan kepada sistem Ilahi mereka merasai bahawa segala kekuasaan dan pengaruh mereka akan hilang .

Sistem Ilahi ialah satu sistem yang didalamnya tiada seorang pun yang boleh menjadi penguasa dan tiada seorang pun boleh menjadi hamba sesama mereka kecuali hamba kepada Allah sahaja .

Kita tidak menafikan bahawa kehidupan mereka ketika itu tentulah terdiri dari pelbagai puak atau kabilah . Dengan puak-puak inilah mereka dapat meraih kepimpinan mereka . Dengan ahli-ahli itulah mereka boleh menjadi Raja dan orang-orang ternama datuk dan datin .

[16]
Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).

No comments:

Post a Comment