Saturday, October 16, 2010

Iman Adalah Satu Kurniaan Dari Allah Kepada Hamba-Hamba Yang Terpilih

Al Hujarat 7

Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya);

kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara,
tentulah kamu akan mengalami kesukaran;

akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya,
dan kamu wahai orang-orang yang beriman
hendaklah bersyukur kerana)

Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu,
dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci;

mereka yang bersifat demikian
ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -


Al Hujarat 8 .

(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

No comments:

Post a Comment