Saturday, October 16, 2010

Islam Dan Iman Adalah Berbeza

Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Dalam satu kisah ada beberapa Arab Badawi datang menemui Rasullullah saw dengan mengatakan bahawa mereka telah beriman , maka turunlah ayat ini menjelaskan kepada mereka bahawa hakikat iman itu belum sampai kepada mereka .

Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”.

Maka Allah perintahkan Raullullah saw menjelaskan akan hakikat ini kepada mereka dengan mengatakan : Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka ):
“Kamu belum beriman,
tetapi berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘.
tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu

Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin),
Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu,

Kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.


al hujarat 14

4 comments:

  1. Kita nampak dalam ayat ini ada dua konsep yakni Islam dan Iman .
    Islam membawa makna taat dan patuh perintah Allah dan Rasul dan mendapat pahala manakala Iman pula satu perasaan yang meresap kedalam hati .

    ReplyDelete
  2. Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu,
    dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian
    ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -

    http://binhakki.blogspot.com/2010/10/iman-adalah-satu-kurniaan-dari-allah.html

    ReplyDelete
  3. Bagi orang-orang mencari jalan yang lurus mestilah berusaha untuk merasai resapankemanisan iman didalam hati mereka . Orang-orang yang dapat merasai hakikat ini yang disebut Allah dalam quran dengan panggilan " Wahai Orang-Orang Yang Beriman " .
    Orang yang beriman adalah orang yang beramal ajaran Rasul secara syumul dan kaffah .

    ReplyDelete
  4. Iman itu satu anugerah dan limpah kurnia kepada hambanya yang patuh dan taat kepadaNya .

    "Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu,
    dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; " Alhujarat 7

    ReplyDelete